PERAK FA musim baru 2019
Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia. Pasukan ini tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.
Persatuan Bola Sepak Perak telah dibentuk pada 18 April 1951 untuk mengawasi kegiatan bola sepak di seluruh daerah negeri Perak. Walaupun sebuah persatuan formal hanya ditubuhkan pada tahun 1951, Perak FA telah benar-benar mempunyai pasukan bola sepak sejak tahun 1921, yang menyertai Piala Malaya (kemudian Piala HMS Malaya, sekarang dikenali sebagai Piala Malaysia). Mereka juga salah satu ahli pengasas Persatuan Bola Sepak Malaya (yang wujud lebih awal daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang berlaku pada tahun 1926.
Mereka adalah pasukan ketiga paling berjaya dalam pertandingan Piala Malaysia dengan 7 kali kemenangan dan 11 kali menjadi naib juara. Mereka memenangi piala terakhir dari 7 piala mereka pada tahun 2000 dan naib juara terakhir pada edisi 2007. Perak FA telah menjadi pasukan yang konsisten dalam bola sepak Malaysia, di mana mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam Liga Super Malaysia setiap tahun sejak awal. Selain itu, Perak FA adalah satu-satunya pasukan di Malaysia yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.
Perak FA mengumumkan bahawa Stadium Perak yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walau bagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan.Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang baru telah dinaik taraf sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 juga berupaya menganjurkan perlawanan pada waktu malam. Stadium Perak terletak di berhampiran Fair Park di Ipoh di mana pejabat pasukan berada.
Nama gelaran bagi pasukan Perak FA adalah The Bos Gaurus yang adalah nama untuk Seladang bermaksud Bapa Segala Seladang. Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.
Other Videos By PESLOX
2019-02-06 | KEDAH FA musim 2019 |
2019-02-06 | Kedah FA 2019 video coming soon |
2019-02-06 | Perak FA di pentas AFC Champions League FINAL (CHAMPIONS) |
2019-02-05 | Perak FA di pentas AFC Champions League FINAL |
2019-02-05 | Perak FA di pentas AFC Champions League Part 2 repeat |
2019-02-04 | Perak FA di pentas AFC Champions League Part 2 |
2019-02-04 | Perak FA di pentas AFC Champions League Part 1 |
2019-02-04 | Pahang FA vs Johor DT FC (2019) |
2019-02-04 | Pahang FA Musim 2019 |
2019-01-31 | Johor DT FC Musim 2019 |
2019-01-30 | PERAK FA musim baru 2019 |
2019-01-30 | Piala Sumbangsih - Johor DT FC VS Perak FA |
2019-01-30 | Patch Malaysia League 2019 - PES2019 Coming Soon |
2019-01-29 | Patch Liga Malaysia musim 2019 (PES2019 - PS4) |
2019-01-22 | Johor DT vs Thailand Club |
2019-01-21 | Johor DT vs Bangkok United |
2019-01-21 | Bangkok United VS Johor DT |
2019-01-16 | WWII - santai |
2019-01-15 | Liverpool VS Johor DT FC - LIVE |
2019-01-15 | Johor DT beraksi di AFC Champions League - FINAL LIVE |
2019-01-15 | Mampukah JDT bersaing di AFC champions League - FINAL 1st Leg |