TOYOTA YARIS Apa Pandangan Gan dan Shamsul PART 4 | Evomalaysia.com

Channel:
Subscribers:
393,000
Published on ● Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=dNtNYc1y4UA



Game:
Yaris (2007)
Category:
Review
Duration: 12:42
25,962 views
409


Model ini menjadi model kedua selepas Toyota Vios yang dipasang di kilang baru
UMWT di Bukit Raja, Klang, Selangor.
Toyota Yaris serba baru ditawarkan dalam tiga varian — Yaris 1.5G, Yaris 1.5E dan Yaris
1.5J. Untuk menyerlahkan lagi imej sporty yang dimilikinya, lima warna menonjol tersedia
untuk dipilih, termasuk warna khas Citrus Mica Metallic. Pilihan lain ialah Super White II, Red
Mica Metallic, Attitude Black dan Silver Metallic.
Harga atas jalan tanpa insurans bagi Toyota Yaris serba baru ini bagi pendaftaran
persendirian di Semananjung Malaysia adalah seperti berikut:
Yaris 1.5G — RM83,888
Yaris 1.5E — RM76,888
Yaris 1.5J — RM70,888
Toyota Yaris serba baru direka untuk memberikan imej dan status yang berada satu tahap di
hadapan. Tidak seperti rekaan hatchback yang pada kebiasaannya cenderung menerapkan
bentuk berkotak, profil rekaan pada Yaris terbaru ini lebih segar dan menawan dengan
sentuhan lebih maju dan sporty.

Rekaan yang menonjol ini memberikan identiti lebih kuat dan tersendiri. Ketika
membayangkan rekaan dalaman Yaris serba baru ini, pereka di Toyota ingin memberikan
gaya minimal dan pada masa yang sama mewujudkan rasa ruangan yang lebih besar
berbanding saiz sebenarnya.
Material berkualiti tinggi juga digunakan pada ruang kabin, misalnya pada tempat duduk
dengan balutan dengan perincian warna yang menonjolkan lagi sisi unik dan sporty model
berkenaan. Sekiranya ruang kargo maksimum diperlukan, penyandar tempat duduk belakang
boleh dilipat rata, membolehkan barangan panjang turut boleh dimuatkan dengan mudah.
Bagi memberikan lebih nilai tambah, Yaris baru ini dilengkapi dengan senarai ciri
keselamatan yang mengkagumkan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan
penumpang disepanjang perjalanan. Pendingin hawa automatik, sistem DVD-AVX dengan
paparan skrin sentuh tujuh-inci lengkap dengan sambungan USB serta peninjau
pemandangan panoramik (PVM) bagi visual 360-darjah dari bahagian atas kenderaan antara
ciri yang melengkapinya.
Rekaan ruang penyimpanan barang yang banyak dan bijak menjadi keperluan bagi mana-
mana kenderaan kini, ditambah dengan penggunaan pelbagai alatan elektronik, malahan
bekas minuman oleh penumpang. Toyota Yaris menyediakan banyak ruang kecil untuk
tujuan itu. Satu soket 12V dan dua slot USB untuk mengecas pelbagai peranti elektronik bagi
pemandu dan penumpang juga ada.
Toyota Yaris serba baru dilengkapi enjin 2NR-FE 1.5 liter, empat-silinder DOHC Dual VVT-i
yang telah terbukti prestasinya sebagai nadi kuasa utama. Enjin ini ditala untuk memberikan
penjimatan dan penyaluran kuasa dan tork yang lancar.
Semua varian menggunakan transmisi Sport Sequential Shiftmatic tujuh-kelajuan. Ia turut
mempunyai mod manual bagi membolehkan pemandu memilih kedudukan gear dalam sistem
CVT berkenaan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih cepat. Suis Drive Mode pula
membolehkan pemandu memberi keutamaan sama ada kepada penjimatan minyak atau pun
prestasi pemanduan.
Model terbaru Toyota ini juga telah menerima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang. Ini
melibatkan semua varian Yaris memandangkan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan
ciri keselamatan pasif dan aktif yang diwajibkan oleh ASEAN NCAP untuk mana-mana
kenderaan dianugerahkan tahap penarafan maksimum.
Ciri keselamatan yang dimaksudkan termasuk tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan
kenderaan (VSC) dengan kawalan cengkaman (TRC) serta bantuan mula mendaki (HAC).
Ciri-ciri standard lain pula termasuk cermin pandang belakang elektrokromatik dan suis Drive
Mode. Tidak ketinggalan ciri-ciri seperti peninjau titik buta (BSM) dengan amaran lintasan
trafik di belakang, DVR dengan amaran perlanggaran hadapan (FCW) dan amaran
penukaran lorong (LDW).
Untuk ketenangan pelanggan, pemilik Yaris terbaru ini akan menikmati jaminan lima-tahun,
tanpa had perbatuan selepas pendaftaran asal. Ini bermakna, pemilik boleh memanfaatkan
tempoh lima-tahun itu sepenuhnya walaupun kenderaan telah bertukar nama dalam tempoh
itu.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”

Follow saya kat https://www.instagram.com/fadhil_cardock/

https://www.facebook.com/Cardock-690143068046397/

Subscribe to Bobby's channel at:
https://www.youtube.com/channel/UCzzamhkOmpSnZ7BSBikvKnA

Subscribe to Beng's channel at: https://www.youtube.com/c/bengtures

Subscribe to Fadhil's channel at: https://www.youtube.com/user/jebrot

Subscribe to Kon's channel at: https://www.youtube.com/c/konwailuen

Follow us on Facebook: https://www.facebook.com/aurizn
Follow us on Instagram: https://www.instagram.com/aurizn

#cardock #racunitubenar







Tags:
#cardock
#racunitubenar
#evoltn
toyota yaris
toyota yaris 2019
new yaris
toyota yaris review
new toyota yaris
car review
car reviews
toyota yaris part 1
toyota yaris ulasan penuh cardock part 1 | evomalaysia.com
yaris 2019 toyota
yaris 2019 review
yaris 2019 malaysia
yaris 2019 hatchback
yaris 2019 test drive
toyota yaris 2019 hatchback
toyota yaris 2019 malaysia
toyota yaris 2019 test drive



Other Statistics

Yaris Statistics For KADUK

KADUK presently has 233,671 views for Yaris across 5 videos, with his channel publishing less than an hour of Yaris content. This is less than 0.34% of the total video content that KADUK has uploaded to YouTube.