Low Maintenance dan Reliable Isuzu D-Max X-TERRAIN 2021 Malaysia's Best 4x4 ? EvoMalaysia.com

Channel:
Subscribers:
393,000
Published on ● Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=znBF2IGd7mg



Duration: 9:50
12,810 views
503


Isuzu D-Max X-TERRAIN 2021

"Jurutera Isuzu telah menghasilkan sebuah jentera yang lebih teguh, tahan lasak dan boleh diharap melalui model terbaru ini. Mereka menghabiskan banyak masa untuk membangunkannya dan telah menjalankan lebih empat juta kilometer ujian ke atasnya bagi memastikan ia mampu mencapai tahap terbaik yang pernah dicapai oleh model Isuzu D-Max. Mereka kemudiannya menambah pula bahagian permukaan lembut dan ciri berteknologi tinggi bertujuan melengkapi keperluan pengguna yang sentiasa inginkan tahap keselesaan seperti yang terdapat dalam sesebuah kenderaan moden," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Memasuki segmen trak pikap gaya hidup peringkat tertinggi dengan varian X-Terrain, Isuzu D-Max flagship terbaru ini menggunakan enjin 3.0 liter yang telah dipertingkat beberapa perkara untuk memberikan prestasi serta maklum balas enjin yang lebih baik dan dalam masa yang sama, mengurangkan gegaran dan bunyi bising. Enjin baru ini menjana 190 PS, membolehkan X-Terrain dipandu bersahaja dengan prestasi mengkagumkan serta lekuk tork yang telah diberi kemaskini, membekalkan maksimum 450 Nm dari serendah 1,600 rpm, dilanjutkan sehingga 2,600 rpm. Ini digandingkan pula dengan kotak gear automatik baru enam-kelajuan yang cekap.

Dibina atas platform Dynamic Drive Isuzu sendiri, Isuzu D-Max serba baru memanfaatkan ladder frame baru yang menawarkan lebih ketahanan untuk memastikan pengendalian dan kelasakannya sentiasa cemerlang. Ditambah dengan talaan suspensi baru serta jarak antara roda lebih panjang yang membolehkan blok enjin diposisikan lebih ke belakang roda depan, ini membolehkan pengendalian lebih dinamik dicapai disamping memberikan keselesaan berterusan.

Disudahi dengan bergaya melalui warna badan Valencia Orange atau Sapphire Blue, X-Terrain datang dengan ciri eksklusif termasuk penghidup enjin jarak jarak jauh, kunci differential belakang, sistem pengilap basah, kerusi balutan kulit coklat dengan larasan lapan-hala dan sokongan lumbar, skrin sentuh infotainmen 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta kelengkapan keselamatan maju Advanced Driver Assist Systems (ADAS) yang merangkumi amaran perlanggaran depan (FCW), brek kecemasan autonomous (AEB), amaran penukaran lorong (LDW), bantuan membelok, penghindaran salah operasi pedal, kawalan melayar adaptif (ACC) dengan fungsi Start/Stop, lampu tinggi automatik (AHB), peninjau titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), penghad kelajuan manual (MSL) dan brek multi-perlanggaran yang akan mengenakan brek sekiranya satu daripada tujuh beg udara digunakan.

Bagi pelanggan yang mempunyai kekangan perbelanjaan, dua penawaran bagi varian Standard juga ada disediakan. Dilengkapi enjin 1.9-liter yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork dan digandingkan sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan, varian Standard lebih menumpukan kepada kegunaan bagi tujuan perniagaan untuk mengurangkan kos oeprasi tetapi kekal cekap sentiasa.

Turut ditawarkan ialah dua model Single Cab yang datang dengan pilihan enjin 1.9-liter atau 3.0-liter. Trak pelbagai kegunaan ini juga menawarkan kemampuan mengangkut beban yang luas dan fleksibel serta datang dengan kelengkapan keselamatan penting, membolehkannya diberikan penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP.

Varian X-Terrain datang dalam warna eksklusif Valencia Orange atau Sapphire Blue, sementara model lain ditawarkan dalam pilihan warna seperti Silky White Pearl, Mercury Silver, Onyx Black dan Splash White.

Semua model Isuzu D-Max menikmati jaminan lima-tahun atau 150,000 km, sementara X-Terrain pula diberikan jaminan tujuh-tahun tanpa had perbatuan — ini adalah jaminan terbaik dalam kelas kenderaan trak pikap setakat ini.

Harga bagi Isuzu D-Max serba baru ini bagi pendaftaran persendirian tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut

Isuzu D-Max 1.9L Single Cab (MT) RM88,599.20
Isuzu D-Max 3.0L Single Cab (MT) RM95,538.40
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard(MT) RM99,599.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Standard (AT) RM106,999.20
Isuzu D-Max 1.9 Double Cab Premium (AT) RM121,549.20
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab Premium (AT) RM128,038.40
Isuzu D-Max 3.0 Double Cab X-Terrain RM141,938.40

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Isuzu D-MAX serba baharu, sila layari laman pickuptruck.isuzu.net.my/

Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channel/UCFk6CNh448WVHNbhgwbCvBQ/join

“Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah kesalahan kami, kasihanilah kami, berilah petunjuk kepada kami, berilah rezeki kepada kami dan permudahkan urusan kami.”

Jangan lupa subscribe dan like, tekan loceng, dan share. Dan jangan skip ads dan sila komen

Follow juga Cardock di:
https://www.instagram.com/cardock_academy/
https://www.facebook.com/cardockevoltn/
https://www.facebook.com/cardockclanstudio

#Cardock #racunitubenar #sony







Tags:
isuzu d-max x-terrain
isuzu d-max x-terrain 2021
isuzu d-max x-terrain review
isuzu dmax x terrain modified
isuzu dmax x terrain 2021 philippines
isuzu dmax x terrain off road
2020 isuzu dmax x terrain
isuzu dmax 2021 x terrain off road
isuzu d-max 2021 review x-terrain
isuzu d-max x-terrain reveiw
isuzu dmax x terrain 2021 Philipines
Isuzu d-max 2021 reveiw x-terrain