[memalukan] LEBAI PAS MEMINTA MAAF TAPI KINI TUNGGANG DAN ALIH ISU SEKOLAH VENAKULAR!
Semalam, Fadhli mencabar Sock Tao bagi membuktikan keputusan peperiksaanya setelah calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat kritikan hebat berkaitan status pengajiannya mengambil Ijazah Sarjana (Master) tanpa memiliki Ijazah Sarjana Muda terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Fadhli kemudiannya meminta maaf selepas Sock Tao memuat naik keputusan tersebut.
“Saya mohon maaf kerana bangkitkan isu pendidikan peringkat UPSR dan SPM calon PRK KKB. Secara tidak langsung mendedahkan calon tersebut mendapat pendidikan di sek vernakular. Dengan permohonan maaf ini, semoga isu ini berterusan sehingga pilihanraya kecil nanti.
“Ada yang cabar saya dedahkan sijil saya pula, isunya bukan saya yg bertanding kali ini. Nanti saya bertanding saya dedahkan ye, dari pendidikan rendah sehingga ke peringkat tertinggi, itupun jika calon lawan saya nanti juga dedahkan sijil akademiknya,” katanya.
====================================================================================
Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching menempelak Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari selepas cuba mengalihkan isu dengan menyerang calon Pakatan Harapan (PH) yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular.
Teo menyifatkan ahli Parlimen Pasir Mas itu terjerat dengan permainan sendiri apabila mencabar calon PH di DUN Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao untuk mendedahkan keputusan SPM dan UPSR.
Beliau berkata, mungkin Ahmad Fadhli kurang senang kerana calon PH bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), namun mengingatkannya bahawa pemimpin Pas sendiri ada yang menghantar anak mereka ke sekolah vernakular.
“Mungkin YB Pasir Mas kurang selesa bahawa Xiao Tao belajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
“Tetapi, ada juga pimpinan dari Pas yang menghantar anak-anak mereka ke SJKC, seperti ramai ibu bapa Melayu yang lain.
“Menghantar anak-anak ke apa-apa jenis sekolah sekalipun merupakan pilihan setiap ibu bapa. Saya juga yakin, setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi dalam pendidikan.
Sumber Berita
1. https://sumberkini.my/sock-tao-dedah-semua-a-upsr-dan-spm-ahmad-fadhli-mohon-maaf/
2. https://harapandaily.com/2024/04/30/gagal-malukan-calon-ph-dap-sekolahkan-pas-cuba-alih-isu-kepada-sekolah-vernakular/
#ustazpasmemalukandiri #tunggangisusekvenakular #lebaikakifitnah
Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channel/UCrt_WQ1T3mGl2yp8Lom_OKA/join