Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Google mengumumkan secara lanjut mengenai harga, tarikh pelancaran serta permainan untuk Stadia. Manakala, Larian Studio akhirnya mengumumkan secara rasmi Baldur's Gate 3.
Nintendo dan Game Freaks pula mengumumkan yang Pokemon Sword & Shield akan tiba pada 15 November 2019 dan Bungie berkongsi perancangan mereka untuk Destiny 2.
Metronomik mengumumkan permainan No Straight Roads mereka ditunda ke awal tahun 2020. Moonton pula mengumumkan yang permainan mudah alih Mobile Legends: Adventure akan tiba akhir Julai ini di Malaysia. Band popular K-Pop bakal menerima permainan mudah alih mereka sendiri iaitu BTS World.
EA melalui acara EA Play mereka telah memperlihatkan sesi bermain untuk Star Wars Jedi: Fallen Order, berkongsi mengenai musim ke-2 bagi Apex Legends, peta baharu yang akan tiba ke Battlefield V, maklumat lanjut mengenai FIFA 20 dan pek penambahan Island Living untuk The Sims 4.
● Untuk pelbagai lagi berita permainan video, layari laman rasmi Aksiz https://aksiz.com/
Currently, Aksiz has 1,714 views for Mobile Legends: Adventure across 1 video. His channel published less than an hour of Mobile Legends: Adventure content, less than 0.06% of the total video content that Aksiz has uploaded to YouTube.