Modified WIFI Modem Turbo GT900 Router Modified Unlimited Hotspot 4G LTE Modem

Channel:
Subscribers:
10,700
Published on ● Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=OK-mPi2pC2k



Duration: 10:54
1,926 views
95


Penggunaan MODEM ROUTER sudah menjadi kebiasaan setiap isi rumah. Tambah-tambah lagi time PKP ini ramai yang BDR (Bekerja dari rumah) dan tidak lupa juga kepada para pelajar yang banyak mengikuti kelas online.

Jika kita seorang sahaja yang menggunakan INTERNET dirumah boleh sahaja kita guna hotspot dari SMARTPHONE. Kalau isteri, anak 4 orang menggunakan hotspot yang sama smartphone pun boleh barai kerana overheat. Lagi satu. connection tidak stabil dan akan slow.

Router dan modem sebenarnya adalah 2 benda yang berbeza. Tapi banyak syarikat teknologi sudah menggabungkan router dan modem dalam satu peranti yang sama.

Secara ringkasnya modem menghubungkan rumah anda dengan Internet diluar sana.

Manakala router pula adalah kotak yang menghubungkan semua peranti berwayar atau tidak berwayar (wireless and wired) untuk menggunakan internet secara serentak.

Sebagai analogi mudah, router adalah tukang share kan internet yang modem dapatkan dari dunia luar untuk kegunaan pelbagai peranti didalam rumah.

Harga modem router di pasaran memang agak mahal. Ini seiring dengan teknologi modem router yang semakin berkembang untuk memenuhi pelbagai peranti yang memerlukan internet. Bayangkan dalam satu rumah ada android box, laptop, pc, tab dan smartphone yang memerlukan sambungan internet. Sudah tentu teknologi pengagihan data perlu efisien dan stabil.

Penting untuk diambil tahu. Jika anda bercadang untuk menggunakan simkad sebagai internet, pastikan modem router ada slot untuk simkad. Dan yang paling penting adalah simkad anda mempunyai plan hotspot unlimited. Kalau plan tak unlimited, data akan habis begitu saja. Untuk mengetahui samada modem router tersebut boleh guna simkad, adalah dengan menggunakan kata kunci 4G LTE router atau modem ketika mencari di laman web beli belah.

Jangan Lupe Like, Share Dan Subscribe Channel Ambe Ni... Ambe Harap Target 100 Episod Tercapai... VIRALKAN Video Ambe Deh...

Tanpa Sokongan Deme Semua Ambe Bukan La Sape2..

Sape2 Ade Idea Video Camne Sek Deme Nok Ambe Buat,,,, Deme Komen Je Kat Ruangan Komen Di Bawah.. TQ Sek Kite SEMUA







Tags:
modem Wifi
android box TV
CCTV
SMARTPHONE
LAPTOP/PC
UNLIMITED DATA
pandemik -19
coverage
PdPR
MODEM WIFI MODIFIED
Antena parabolic
CARA GUNA MODEM WIFI
INTERNET BAJET MURAH
4G Portable Wifi
ROUTER WIFI RUMAH
Tip Wi-Fi Untuk LAJUKAN INTERNET
Setting Wi-Fi