Berkunjung ke MR D.I.Y Berjaya Times Square (kedai menjual kelengkapan dan keperluan rumah)
Sebelum ni aku dah pun buat video lawatan aku ke MR DIY Sri Petaling, ada kawan aku cakap tu terlalu jauh, ada tak yang dekat sikit dan perjalanan kita nak ke sana pun senang? Ya ada kalau korang sekitar KL sentral korang mungkin boleh masukkan MR DIY Berjaya Times Square dalam senarai. Senang cerita apa-apa pun kita dari kawasan Monorail KL sentral. Sebab aku pilih monorail ialah tempat ni senang dicari bagi yang tak tau.
Jom aku bawa korang jalan-jalan cuci mata dari kawasan rumah aku ni Seksyen 19 Shah Alam sampai Berjaya Times Square, kita naik pengangkutan awam sepenuhnya dalam video ni, bagi korang yang tak pernah naik pengangkutan awam kat KL macam bas, monorail atau MRT / LRT boleh lah rasa. Perjalanan pergi dan balik.
Kongsi video ni kalau rasa menarik sebagai tanda korang bagi sokongan kat youtuber cap ayam macam aku ni.
Kamera : Sony Alpha a6300, Sony Handycam HDR-PJ440 & POCOPHONE F1
Tarikh rakaman : 12/8/2019, Isnin cuti raya haji