City Hunter | Treler Rasmi | Netflix

Channel:
Subscribers:
2,000,000
Published on ● Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=UokLF4rK2Ps



Game:
Duration: 2:06
22,774 views
294


"City Hunter", komik terkemuka yang terjual sebanyak 50 juta salinan dan mencipta sensasi, akhirnya diadaptasi menjadi aksi langsung di Jepun! Protagonis terkenal yang sentiasa tenang tetapi bersemangat waja ini muncul di Shinjuku zaman moden, Tokyo.

Ryo Saeba merupakan seorang "tukang sapu" dari Shinjuku, Tokyo yang membersihkan masalah di dunia jenayah yang kucar-kacir. Dia seorang kaki perempuan yang mudah teruja apabila melihat wanita cantik, namun apabila menerima sesuatu tugas, dia melaksanakan tugas itu dengan kemahiran menembak yang tepat, tahap kecergasan yang tinggi dan sikap yang tenang. Watak Ryo yang tidak gentar, lucu dan suka bermain cinta dilakonkan oleh Ryohei Suzuki, manakala heroin Kaori Makimura dilakonkan oleh Misato Morita. Rakan Ryo, Hideyuki Makimura dilakonkan oleh Masanobu Ando sementara Saeko Nogami, detektif jelita yang mempunyai hubungan rumit dengan Ryo, dilakonkan oleh Fumino Kimura.

Sertai Ryo, Kaori dan Hideyuki di jalanan sibuk Shinjuku zaman moden tatkala kisah asal usul "City Hunter" diungkap.

Filem Netflix "City Hunter" mula ditayangkan di seluruh dunia pada Khamis, 25 April 2024, hanya di Netflix!

#FilmCityHunter, #CityHunter, #RyoheiSuzuki, #MisatoMorita, #MasanobuAndo, #AsukaHanamura, #FuminoKimura, #TsukasaHojo, #GetWild, #TMNETWORK, #Netflix

Melanggan di: https://bit.ly/39caHHE

Perihal Netflix:
Netflix merupakan salah satu perkhidmatan hiburan yang terulung di dunia dengan lebih 260 juta keahlian berbayar di lebih 190 buah negara, menikmati siri TV, filem dan permainan yang menghiburkan merentasi pelbagai genre dan bahasa. Ahli boleh memainkan, menjeda dan meneruskan tontonan mengikut kemahuan mereka, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mereka juga boleh menukar pelan mereka pada bila-bila masa.







Tags:
Asuka Hanamura
City Hunter
Filem City Hunter
Fumino Kimura
Get Wild
Masanobu Ando
Misato Morita
Netflix
Ryohei Suzuki
TM NETWORK
Tsukasa Hojo



Other Statistics

City Hunter Statistics For Netflix Asia

At present, Netflix Asia has 725,344 views spread across 7 videos for City Hunter, and less than an hour worth of City Hunter videos were uploaded to his channel. This is less than 0.18% of the total video content that Netflix Asia has uploaded to YouTube.