Jom Main The Battle Cats - Fight!

Subscribers:
1,580
Published on ● Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=HplgZ3JPOew



Game:
Duration: 25:47
3 views
0


Jalan Cerita.....
Pada masa hadapan, dunia akan jatuh ke dalam peperangan, pencemaran, inflasi,... Di Jepun, saintis menemui kesemua kucing-kucing telah menjadi sangat agresif dan bersifat untuk melawan kesemua benda hidup yang ada. Kucing-kucing ini merancang untuk menakluki semua alam semesta. Tiada apa-apa di dunia ini boleh menghalang kerana mereka ternyata sangat comel. Mereke mula berfikir cara untuk menyelesaikannya dan akhirnya mereka telah mencipta haiwan comel lain untuk melawan kucing-kucing tersebut. Kisah "The Battle Cats" bermula dari sini......

The Battle Cats ialah permainan pertahanan menara (Battle Defense) di mana pemain memilih pasukan kucing dengan jumlah statistik yang berbeza untuk membunuh musuh bagi melindungi pangkalan dipanggil "Pangkalan Kucing" atau "Cat Base".

Permainan ini menghendaki pemain untuk menghantar pasukan kucing ke medan perang 2D untuk mempertahankan Pangkalan Kucing.

Musuh mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti Merah (Red), Hitam (Black), Logam (Metal), Terapung (Floating), Makhluk Asing (Alien), Mayat Hidup (Zombie), Jembalang (Aku), Tinggalan Kuno (Relic) dan juga tanpa sifat yang disebut "tanpa trait" (Traitless). Setiap jenis musuh mempunyai beberapa unit kucing yang boleh digunakan untuk menentangnya.

The Battle Cats mengandungi 3 cerita utama: Empire of Cats (EoC), Into the Future (ItF) dan Cats of the Cosmos (CotC). Setiap cerita utama mengandungi 3 bab. Selain itu, ia mengandungi dua bab tambahan: Peringkat Legenda (Legend Stories) dan Catclaw Dojo (Dewan untuk melatih seni mempertahankan diri). Peringkat Lagenda mengandungi berbilang peringkat yang diisi dengan musuh baharu dan beberapa peringkat acara (Event Stage) (termasuk peringkat kerjasama atau Collaboration).

Catclaw Dojo mengandungi peringkat untuk menguji bilangan musuh yang boleh anda bunuh dalam tempoh masa tertentu, dengan penambahan beberapa peringkat kerjasama premis yang sama, kecuali dengan musuh yang bekerjasama.

The Battle Cats ialah permainan yang dibangunkan oleh PONOS Corporation untuk iOS dan Android, yang pada asalnya dikeluarkan di Jepun dengan nama Nyanko Daisensou (Nyanko Great War).

Battle Cats memulakan kerjayanya di App Store iOS Jepun pada November 2011 di bawah nama Battle Nekos, dengan sokongan Android menyusul pada Disember tahun yang sama. Ia mengekalkan populariti yang besar di Jepun dan Korea. Ia kemudiannya telah dipadamkan di kedua-dua gedung Google Play AS dan App Store, dengan versi permainan yang lebih baik dikeluarkan pada 17 September 2014. Keluaran port PC (PC Version) tersedia untuk dimuat turun sehingga lewat 2018, apabila PONOS Corporation memotong sokongan untuknya.

Website
https://battlecats.club/en/series/battlecats/
https://battle-cats.fandom.com/wiki/Battle_Cats_Wiki
https://web.facebook.com/ponosgames?_rdc=1&_rdr
https://twitter.com/PONOS_EN
https://www.instagram.com/battlecatsofficial/
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Battle_Cats

Download Untuk Android atau IOS
https://play.google.com/store/apps/details?
https://apps.apple.com/us/app/the-battle-cats/id850057092id=jp.co.ponos.battlecatsen&hl=en&gl=US

#BattleCats
#Ponos
#ChotSupChannel







Tags:
ponos
battle cats
introduction
ios games
android games
handphone games
gamers
gacha games
tower defense
free apk



Other Statistics

The Battle Cats Statistics For Protoss Entertaiment

Currently, Protoss Entertaiment has 49 views for The Battle Cats across 8 videos. The Battle Cats has approximately 2 hours of watchable video on his channel, roughly 1.19% of the content that Protoss Entertaiment has uploaded to YouTube.