JV Motorsport merangkul gelaran juara kategori Super 1600 MSF Superturismo | Toyota SEG AE101 - 4age
JV Motorsport merangkul gelaran juara kategori Super 1600 MSF Superturismo | Toyota SEG AE101 - 4age
#pitstoptv #msf2022 #adagaduhke
Perlumbaan Merdeka Race semalam telah membuatkan jentera Honda berputih mata untuk berada di kedudukan pertama dan jentera yang lain dalam kategori yang sama tak nampak bayang apabila Toyota Corolla SEG AE101 dari pasukan JV Motorsport berjaya memenangi perlumbaan dalam kategori Super 1600.
Gandingan mantap pelumba profesional Wak Tempe dan & @Faiz Sulaiman berhasil apabila jentera Toyota SEG bernadikan engine 4age 20v kembali menjulang piala selepas 2 tahun gigit jari. Pertempuran di antara Toyota dan Honda tidak asing dalam kategori ini. Kategori ini sebenarnya adalah pertempuran diantara pembuat engine dan tuner. Siapa setup kereta cun memang KING.
Sebelum pandemik melanda hampir setiap musim dan pusingan jentera Honda seperti EG6, EK9 dan EF bernadikan engine B16a dan B16b akan berada di atas podium. Tapi itu dulu la......
Persoalan nya sekarang di manakah geng geng Honda yang pernah memberi saingan dan sembang tapau bertiang tapi kini diam menyepi? Adakah mereka memberi peluang kepada geng Toyota untuk merasa podium? R&D engine tak habis lagi? atau stress kereta kena letak ballast sekaligus rasa kurang yakin untuk mengugat kemaraan geng Toyota?
Cakap banyak pun tak guna, race pun dah habis, piala pun dah dijulang, banyak keping gambar gak dah upload sosial media - wasap pun tak berbalas mungkin sedang lena tido sebab kemenangan semalam. Tahniah la geng Toyota - jumpa lagi next race k.
Chow!