PMX DS ANWAR SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT DI SUNGAI MERAB KAJANG!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab Luar, Kajang hari ini.
Anwar yang tiba jam 1.30 petang itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut pengurusan masjid serta penduduk tempatan.
Anwat sebelum itu mendengar khutbah Jumaat disampaikan Wan Mohd Firduas berjudul ‘Takwa dan Pekerjaan’ sebelum menunaikan solat Jumaat bersama 1,000 jemaah yang lain.
Selesai solat, Ahli Parlimen Tambun itu sempat meluangkan masa bersalaman serta bergambar bersama jemaah,termasuk para pelajar Sekolah Kembasaan Sungai Merab Luar.
Para pelajar itu juga mengambil kesempatan bergambar perdana menteri. –
Sumber Video/Berita
MalaysiaGazette
astro awani
#pmxsolatjumaatbersamarakyat #dsanwaribrahimpm10 #malaysia
Join this channel to get access to perks:
https://www.youtube.com/channel/UCrt_WQ1T3mGl2yp8Lom_OKA/join