The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa dan Solat Tapi Munafik
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa dan Solat Tapi Munafik
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ قَيْسٍ أَبُو زُكَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat."
Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim." (HR Muslim No: 90) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat.
2. Sifat munafik akan kekal kepada pelaku munafik walaupun dia mengerjakan solat, berpuasa dan mengaku sebagai Muslim.
3. Ibadat puasa adalah perisai dan benteng dari sifat munafik.
اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ
“Puasa adalah perisai atau benteng (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).” (Riwayat Tirmidzi No: 2749).
4. "Bercakap" termasuk dalam bentuk penulisan dan ditular sama ada di FB, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Jika faktanya salah, tidak benar maka ia dianggap berbohong dan orang tersebut ada tanda munafik pada dirinya.
5. "Amanah" adalah tanggungjawab kita. Pemimpin perlu berlaku adil dalam kepimpinan. Setiap pekerja ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jangan khianat seperti culas atau curi tulang. Tidak amanah jika gaji diambil tapi pekerjaan tidak sempurna. Bertambah tidak amanah bila gaji diambil, rasuah diterima.
6. Ruginya jika mengaku seorang Muslim, berpuasa dan solat namun menjadi orang munafik kerana memiliki sifat munafik.
Jadikan puasa dan solat kita sebagai perisai dari sifat munafik. Berusaha agar tidak berbohong, memungkiri janji dan khianat.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
05hb April 2024
25hb Ramadan 1445H
---
#mknaceunlimited #mknace #thecoloursoflife #IniStyleKita #1hari1hadis #hadis10saat #fyp #blogger #photography #photoblog #SJCAM #Samsung #DJI #Fujifilm #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Other Videos By mknace unlimited
2024-04-07 | Jeruk Cermai DIY |
2024-04-06 | The new langsir |
2024-04-05 | Gleneagles Medini |
2024-04-05 | Petronas Nusa Perintis |
2024-04-05 | The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Zakat Fitrah Menyucikan |
2024-04-05 | Wwe mau |
2024-04-05 | KIPMall Tampot Wet Market |
2024-04-05 | Larkin Sentral getaway |
2024-04-04 | Portable Cordless Waterjet Gun |
2024-04-04 | Cornflakes Madu |
2024-04-04 | The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berpuasa dan Solat Tapi Munafik |
2024-04-04 | The Colours of Life - Cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 |
2024-04-04 | Tremendous Diary 4.04 |
2024-04-03 | The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Terhalang Daripada Kebaikan |
2024-04-03 | Dialog Prestasi daerah Kulai 2024 |
2024-04-02 | The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan |
2024-04-02 | Tremendous Raya Lagi |
2024-04-01 | Kueh Raya Project by the Balqis |
2024-04-01 | Tremendous Diary 3.31 |
2024-03-31 | PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan |
2024-03-31 | Iftar 3.30 |