Personal PC Build for a First Timer (Bahasa Malaysia)
Casing: Phanteks Eclipse P300
MoBo: Asus TUF X570-Plus WiFi
RAM: G.Skill Trident Z RGB 3200MHz
Graphics:
PSU:
M.2: WD ND550 SSD
HDD: 4TB WD Blue Caviar
Music: Lookz - Alone
Ni kali pertama pasang PC sendiri. Kebiasaannya pasang komponen-komponen kecil sahaja.
Sebelum memberanikan diri untuk memasang PC sendiri, perbanyakkan membaca dan mencari rujukan seperti Guidebook, Forum dan video How To dari laman Linus Tech Tips dan seangkatan dengannya.
Banyak juga kesilapan yang dilakukan walaupun sudah merujuk beberapa laman dan rujukan yang kredibel. Ini disebabkan teknologi sentiasa berubah dan kebiasaannya terdapat guide yang tidak dapat mengikut setara dengan perubahan sebenar. Jadi untuk mengekang kesilapan besar, digalakkan juga untuk membaca dan memahamkan buku Instructions terlebih dahulu sebelum memulakan projek anda.
Pasang PC sendiri itu mudah, dengan cara ini, didapati penjimatan sebanyak RM 600 ke RM 800 (manhours tukang pasang). Tetapi ambil kira juga kos penghantaran sekiranya membeli komponen atas talian. Sebaiknya adalah membeli semua komponen setempat untuk mendapat diskaun kedai.